Ahad, 18 Mei 2014

CAST @ SIMEN KALI PERTAMA...

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

Hari ini 15.5.2014 (Jumaat)... tarikh baru yang amat bersejarah dan khairul bariyah dah berumur seminggu.. khairul bariyah nak balik rumah .. nak jumpa nenek dan saudara mara yang lain... nenek kat rumah dah masak-masak nak jemput kawan2 yasinan datang makan untuk menyambut khairul bariyah.. dalam etnik jawa di Johor dipanggil "berokoan"... atau lebih dikenali sebagai kenduri kesyukuran sebab bayi selamat dilahirkan kemuka bumi ini....

seawal jam 9 pagi... mummy dan ayah dah bergerak ke HSNI.. dah tak sabar hati ini nak bawa pulang sikecil yang mungil tu.. setiba di HSNI jam 10pagi.. ayah tolak mummy naik kerusi roda.. hati kami gembira kerana kami akan bawa pulang sikecil hari ini..

kami tunggu peluang untuk masuk ke NICU HSNI... jaga pintu tak benarkan masuk sebab katanya ada doktor pakar membuat lawatan & rawatan... minit masa memasuki jam 12.00 tghari... mummy dan ayah alhamdulillah dapat masuk nak jenguk khairul... ayah tetap setia pimpin dan peluk mummy melangkah masuk ke nicu dan mummy merasakan setiap langkah itu mengambil masa yang lama.

bilik tempat khairul ditempatkan dah kosong... tinggal satu katil bayi je terletak elok ditepi pintu... dalam hati mummy mula berdetik kencang dan mulut mula berbisik ke telinga ayah...
"abg, khairul ke kawannya ?...."
"abg, kesian khairul duduk sorang-sorang"
"abg, syg tahu tu khairul"

syukur... khairul dah tersenyum.. riak wajahnya menunjukkan yang dia lapar susu.. mummy angkat khairul dan dukung kebilik penyusuan... 

sedang menyusukan khairul.. seorang jururawat jumpa ayah dan mummy..
"puan, baby sudah boleh discharge hari ini, tapi kami tunggu pengesahan dari pihak ortopedik dulu.. kaki baby perlu disimen @cast sebelum boleh dibawa keluar hospital"




Tiada ulasan:

Catat Ulasan